MEMBINA AUTORITI Sebagai Seorang Pakar Bidang

MEMBINA AUTORITI – Menjadi orang yang dikenali dan diterima.

Apabila kita mula menceburkan diri dalam satu bidang bisnes yang kita pilih, ia biasanya bermula dengan apa yang biasa dan boleh kita lakukan. Dengan kata lain, kita mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang itu.

Kita lihat mereka yang berada di sekeliling kita. Ramai yang mempunyai kemahiran menjual dan mempunyai kenalan yang ramai mula menjual barang yang diperlukan oleh orang sekeliling mereka.

Ada guru yang sudah dikenali kepakarannya dalam satu-satu bidang pelajaran mula menawarkan perkhidmatan pengendalian kelas untuk bidang itu. Ada tukang masak yang mula menawarkan kelas-kelas masakan dan menulis buku masakan apabila mereka mula dikenali dan sudah ada pengikut sendiri.

Bagi kita yang mahu mula menceburkan diri dalam industri bisnes juga tidak dapat lari daripada tugas membina autoriti sebagai orang yang mempunyai autoriti dalam bidang yang kita ceburi.

Apabila kita merancang mahu menjual pakaian secara online, kita sudah tahu bahawa kita sudah dikenali dengan kepakaran kira memenuhi citarasa duina fesyen dengan pemilihan bahan (kain) yang mempunyai kualiti tertentu.

Dengan adanya nama dalam industri dan sudah mempunyai  nama dikalangan pelanggan (tidak kira saiznya), kita sudah mula membina autoriti.

Seorang pengamal pendidikan awal kanak-kanak yang sudah mengajar dalam tempoh 3 tahun dan sudah boleh dikira secara rambang sebagai pernah memberikan khidmat kepada sekurang-kurangnya 100 orang kanak-kanak dan sudah dikenali oleh 100 buah keluarga.

Dengan ini, guru tadika ini sudah boleh dikatakan mempunyai autoriti dan mempunyai asas yang membolehkan beliau dikenali sebagai pengamal pendidikan kanak-kanak.

Dunia bisnes memerlukan kita diterima dan dikenali dalam industri. Seandainya kita menceburkan diri dalam bidang bisnes masakan, kita mahu dikenali dan diterima oleh mereka yang ada dalam industri itu.  Sekiranya kita merupakan seorang bisnes yang mengusahakan bisnes borong, kita juga mahu diterima dan dikenali oleh mereka yang berada dalam industri borong.

Dikenali dan diterima sebagai salah seorang yang berautoriti dalam industei menjadi salah satu faktor untuk kita berjaya dan meneruskan bisnes untuk jangka masa yang lama.

Apakah yang boleh dilakukan untuk membina autoriti seperti ini?

Membina autoriti tidak semestinya memerlukan kita menjadi selebriti. Orang bisnes biasanya banyak membina jenama diri yang memberikannya autoriti untuk bercakap dalam bidangnya melalui pencapaian. Pencapaian ini termasuklah hasil daripada  pencapaian bisnes yang diceritakan oleh pihak lain kepada umum.

Menjadi ‘highlight’ sebagai satu ikon selebriti tidak menjamin pembangunan jenama diri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *