Tentang Noraminah

Noraminah Omar

Salam Perkenalan!

Saya, Noraminah Omar

Saya percaya bahawa setiap perubahan bermula dari diri kita sendiri. Coaching dan mentoring hanya memberi impak apabila ada proses berterusan dalam merancang, menjalankan dan memantau.

Anda mungkin mahu tahu terlebih dahulu beberapa perkara tentang saya termasuklah: 

Noraminah Up Close

Saya seorang ibu dan mempunyai 6 orang cahaya mata dan kini tinggal di Selangor.

Pada tahun 2000 saya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan CAD/CAM di  Universiti Malaya. Saya juga menamatkan latihan professional dalam bidang pendidikan termasuk Certificate in Early Childhood, Pam Arnold College, Sijil Perguruan Tadika (Persatuan Tadika Malaysia) dan Certificate in Early Childhood, DiKa College. 

Saya juga dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengelola (Board of Governance) untuk Brighton International School, Kuala Lumpur dan ahli Panel Penasihat Industri untuk School of Business, Asia Pacific University (APU). 

Antara program lain yang disertai sepanjang menjadi usahawan termasuklah:

Mengurus Syarikat

Dari tahun 2008-2013 saya menguruskan sebuah syarikat bisnes pendidikan dengan 5 cawangan dan memberi khidmat kepada lebih 3500 anak-anak dan keluarga. 

Bisnes ini dijalankan dalam sistem francais. Syarikat pertama Minds Viilage Sdn Bhd, merupakan francaisi kepada jenama “Genius Aulad”.

Saya pernah memegang beberapa jawatan penting dalam beberapa buah syarikat termasuk:

  • CEO untuk Minds Village Sdn Bhd (2008-2013)
  • VP HR & System ABS Holdings Sdn Bhd (2015) 
  • Co-CEO ABS Education Sdn Bhd (2016)
  • CEO ABS Edu Solutions Sdn Bhd (2016-2018)

Menulis & Menerbit Buku

Saya pernah menulis dan menerbitkan sendiri 5 tajuk buku bergambar kanak-kanak yang dilancarkan di Singapura pada tahun 2014.  

Buku bergambar kanak-kanak:

Ada beberapa buah buku pengurusan bisnes diterbitkan pada tahun 2015.

work experience

I am an advocate for Women Empowerment and Life Long Learning

Saya dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Women Enterpreneurs Network Association (WENA) untuk penggal 2012-2014. Kini saya masih merupakan ahli persatuan “Private Education Entrepreneurs Association of Malaysia (PEEAM)” dan Toastmasters Club Kajang.

Bidang konsultasi dan khidmat nasihat mula terlibat aktif semenjak tahun 2013 yang melibatkan syarikat start-up dan bisnes perkhidmatan. Ini termasuklah dalam hal pengurusan proses kerja (SOP) dan pengurusan perniagaan untuk SME.  Antara klien yang ada termasuklah PUNB dan Perbadanan Hartanah Selangor Sdn Bhd selain daripada syarikat SMEs.

2014, saya merupakan individu yang ditangunggjawabkan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan pengurusan di ABS Holdings Sdn Bhd. Saya juga terlibat dalam pembangunan konsep perkongsian terbuka untuk rangkaian pendidikan. 

Pada tahun yang sama beliau terlibat sebagai salah seorang fasilitator dalam program “Education in Business in Diversified Culture : A Lean Start-Up” 28 April – 2 May 2014, kendalian NAM Institute for the Empowerment of Women.