2 PANDUAN PENTING UNTUK MEMBINA BISNES

membina bisnes

Membina bisnes memerlukan satu susunan strategi dan rancangan yang jelas. Salah satu perkara penting ialah dengan menjalin hubungan bisnes untuk jangka masa panjang.

Fasa memulakan bisnes memang menyeronokkan. Cabaran yang datang menjadi sumber motivasi utama untuk kita terus bergerak maju. Malah, apabila kita mengetahui bahawa banyak bisnes tutup dalam tempoh 3 tahun pertama, kita mula menjadikan survival untuk 3 tahun pertama sebagai salah satu pencapaian yang kita sasarkan.

Pada peringkat awal, memang biasa kita mengalami situasi di mana pihak tertentu mula mahu mengambil kesempatan. Pembekal ‘demand’ bayaran tunai. Pemberi perkhidmatan sokongan juga mengenakan kadar dan servis yang standard sahaja. Sedar atau tidak, majoriti mereka yang baru dalam bisnes dalam tempoh 3 tahun pertama banyak ‘membakar’ wang di sana-sini.

Ini tambah jelas berlaku dikalangan mereka yang tidak mempunyai rakan kongsi berpengalaman dalam syarikatnya.

Apakah ini biasa?
Apa yang membolehkah sebuah syarikat bisnes baru berkembang dengan baik dan mengurangkan risiko kerugian dan ‘ditipu’?

Antara yang biasa dikongsikan ialah dengan menggunakan strategi ‘membangun bersama’. Bagaimana ia dilakukan?

PANDUAN PERTAMA BINA BISNES

Pertama, berkenalan dengan mereka yang juga sama-sama mahu membangun dalam bisnes.

Meskipun ini juga mempunyai risiko, dengan perbincangan dan cara yang betul, kita boleh sama-sama membangun bersama. Ambil contoh Puan A merupakan seorang pengusaha tadika yang baru sahaja mahu bermula. Beliau akan memerlukan pembekal bahan pembelajaran, perabot, pakaian seragam serta kelengkapan lain dalam mengusahan bisnesnya. Puan A berkenalan dengan Puan S yang sedang menjalankan bisnes membekalkan peralatan dan perabot tadika.

Puan A bersetuju untuk bersepakat bersama dengan Puan S agar beliau membekalkan semua peralatan tadika kepada beliau.
Apa yang Puan S maklum?


+ Puan S akan membekalkan semua keperluan tadika kepada Puan A.

+ Puan S tahu bahawa Puan A akan membuka tadika tambahan setiap tahun berdasarkan perancangan bisnes yang dikongsikan.

+ Puan S diperkenalkan kepada rakan-rakan bisnes Puan A yang lain.

+ Puan S bersetuju memberikan % pengurangan harga berdasarkan rekod pembayaran Puan A sebagai pelanggan baru.

+ Puan S tahu bahawa banyak lagi produk keperluan tadika yang boleh ditawarkan kepada Puan A dan rakan-rakan bisnes Puan A

Dengan ada perkongsian maklumat dan persefahaman antara Puan A dan Puan S yang sama-sama dalam fasa awal menjalankan bisnes, mereka dapat saling menyokong antara satu sama lain.

PANDUAN KEDUA BINA BISNES

Kedua, berkenalan dengan mereka yang benar-benar sudah berjaya dalam bisnes dan mahu membantu orang bisnes baru yang lain membangun.

Mereka ini sering dikategorikan sebagai orang bisnes yang mahu memberi semula kepada komuniti orang bisnes. Pada kebanyakan masa, orang bisnes yang sudah berjaya begini akan memberikan servis bisnes mereka dengan kadar yang agak rendah dan dengan kualiti yang standard kepada peniaga baru.

Ambil contoh seorang Tuan A, junior konsultan yang pakar dalam bidang latihan pembangunan sumber manusia bertemu dengan seorang CEO (anak tampatan) sebuah syarikat perkapalan yang sudah berkembang pesat.

Tuan A diberikan projek pertama untuk salah sebuah anak syarikat Tuan CEO di Pantai timur. Tuan A memberikan maklumat dan sasaran bisnes beliau berama Tuan CEO dengan tujuan untuk dapat menjadlin kerjasama lanjut dan memberikan perkhidmatan kepada kesemua 50 buah anak syarikat lain dalam kumpulan bisnes Tuan CEO itu.

Apakah yang boleh dilakukan?

+ Sebagai orang bisnes baru, berikan komitmen kepada kerjasama awal yang diberikan.

+ Apabila diberikan peluang untuk berjumpa dan di’mentor’kan, berlapang dada dan bersedia untuk belajar.

+ Bina tim dari awal secara berfasa sejajar dengan rancangan perkembangan bisnes.

+ Susunkan tatcara kerja, prosedur dan SOP tertentu agar selari dengan keperluan bisnes.

Apabila ini berlaku serentak, Tuan A sudah mempunyai peluang untuk membina trek sendiri dengan ‘kerjasama’ bersama mereka yang sudah berjaya dalam bisnes.

Dua perkara di atasa hanya boleh dilakukan dengan baik apabila kita yang baru menceburkan diri dalam bisnes mempunyai kemahiran dan sikap yang betul.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *