Mengapa kita perlu ada inisiatif mengadakan siri WOMEN EXECUTIVE COACHING untuk staf syarikat kita?
Kali ini, semuanya tentang eksekutif dan staf wanita dalam syarikat pemula (start-up), mikro dan SME. Ramai yang bersetuju bahawa wanita merupakan tunjang kepada banyak kejayaan organisasi. Malah, kita dapat melihat kepelbagaian pencapaian wanita sama ada mereka bertindak sebagai pemilik bisnes atau eksekutif yang bekerja dalam mana-mana syarikat.
Peluang mendapat bimbingan sebegini banyak dikendalikan oleh syarikat korporat. Namun, peluang yang sama mesti ada untuk syarikat pemula, mikro dan SME. Kepentingan kepeimpinan wanita dalam konteks bisnes, tidak mengira tahap dan status. Ia merupakan satu pendekatan menyeluruh yang meliputi semua tahap dan keperluan wanita. Sama ada bekerja atau menjalankan bisnes, konteks kepimpinan dalam organisasi memerlukan pendekatan yang berbeza.
Ada wanita yang bekerja sebaik sahaja tamat pengajian. Ada juga yang sudah menimba banyak pengalaman dan mula mahu bersedia untuk meneruskan rancangan kerjaya ke tahap yang lebih baik. Ada yang mempunyai kepentingan untuk berada dekat dengan lokasi tempat tinggal dan ada juga yang tidak mempunyai isu ini.
Bagi mereka yang baru memulakan kerjaya, persediaan untuk melangkah ke hadapan penting. Malah, kepada wanita yang sudah stabil dan lebih matang, sudah tiba masanya untuk mereka mula melihat sumbangan daripada hasil kerjaya mereka diberikan semula kepada wanita lain. Ini tidak terhad kepada wanita dalam syarikat mereka sahaja, tetapi juga kepada wanita di sekeliling mereka.
Pendekatan yang mengambil kira isu khusus ini digarap dalam cara serta aliran perbincangan dalam setiap bahagian perbincangan dalam sesi. Ia sentiasa memberi ruang dan menghormati hak semua wanita untuk ada peluang bercakap dalan keadaan yang selesa dan selamat.
Sesi boleh dijalankan secara online atau offline.
Apabila menghadapi situasi sukar, untuk keluar dari situasi itu, kita perlukan beberapa pendekatan baharu. Dengan kekangan masa dan keperluan semasa, masa khusus untuk berbincang, menganalisa semula rancangan peribadi dan kerjaya, membantu kita bersedia melalui tugasan yang ada.
Mengapa perlu ‘women executive coaching‘ untuk staf wanita anda?
- Kita sendiri mesti meningkatkan kesedaran kepada ‘self-awareness’ yang ada kaitan penting dengan keyakinan diri.
Ini semua bermula dengan mindset dan cara berfikir yang membentul cara kerja. Secara keseluruhannya, wanita mempunyai potensi dan peluang untuk menjadi seorang ketua dalam apasiti masing-masing. Namun, pada kebanyakan masa, mereka banyak terikat dengan kerangka budaya dan latar belakang yang berbeza. Ini biasanya mendiring mereka kekal berada dalam pemikiran yang bersifat umum dan tidak memberi fokus kepada perkembangan dan perubahan yang berbentuk semasa.
2. Cabaran sebenar termasuklah menguruskan secara tidak langsung keperluan peribadi dan menghadapi situasi kerja yang sentiasa ada politik dan cabarannya.
Keadaan dan persekitaran kerja adalah berbeza. Ia tidak sama dengan ruang peribadi dan kerangka kerja apabila wanita berada dalam rumah dan keluarga sendiri. Pengurusan ini menjadi satu kemahiran penting bagi mereka merancang dan menyusun prioriti dalam kehidupan masing-masing. Tidak ada satu jalan yang sama untuk semua orang. Tetapi, ada satu cara dan metod yang boleh digunakan.
3. Kita mahu membangunkan sekumpulan eksekutif wanita yang dapat meningkatkan produktiviti dengan menguasai kebolehan mengurus dan berfikir atas kertas secara kreatif.
Menjelang 2021, beberapa usahawan dan pemilik bisnes, memerlukan sokongan mengembalikan idea dan daya segar semua eksekutif terutama wanita. Bermula Jun 2021. Program ini disusun khusus untuk staf wanita dalam syarikat pemula, mikro dan SME.
Antara cabaran yang penting ialah peralihan dan kombinasi pengurusan kerja yang selama ini berjalan secara online dan offline. Adaptasi dan pengurusan perubahan ini memberi kesan kepada cara fikir dan cara kerja semua eksekutif dalam syarikat.
Secara khusus kepada wanita, komitmen kepada diri dan keluarga memerlukan satu formula keseimbangan yang perlu mereka sendiri cipta.
Bagaimana sesi ini dijalankan?
Sesi dijalankan di luar masa bekerja, atau tempoh 4 jam khusus membolehkan sesi perbincangan dan perancangan dijalankan. Ia melibatkan konsep dan pendekatan “to know, to do, to be and to live with others”.
Once a person have clarity in what they do, they are more likely to do better in all areas of life and career. This is a journey when one work on helping herself to help people around them.
Untuk urusan lanjut, boleh terus hubungi kami di:
info.lifetractresources@gmail.com atau
menghubungi ADMIN melalui aplikasi WASAP di 013 380 8831.