PENDAHULUAN
Usahawan berfikir antara usaha yang perlu dilakukan untuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN DIRI dalam konteks sebagai usahawan dan ketua. Semua perkara yang dilakukan memerlukan kita sentiasa membuat rujukan, analisa dan mengambil tindakan atas keputusan yang dibuat. Semua ini memerlukan kemahiran berfikir.
Bagi usahawan tertutamanya, ini menjadi kritikal dalam proses mereka menjalankan perniagaan dan mengurus syarikat masing-masing.
RUJUAN SEBAGAI PANDUAN
Salah satu elemen yang dipelajari tentang bagaimana orang dewasa belajar ialah kefahaman kepada Bloom’s Taxanomy. Ini juga ada dibincangkan dan digunakan dalam program latihan TTT HRDF, penyusunan program di pusat pengajian tinggi dan seumpamanya.
Ada banyak ulasan yang ilmiah boleh diperolehi. Namun, kali ini, saya bawakan perkara ini untuk aplikasi kepada semua usahawan terutamanya. Dalam konteks kita, perlu masuk ke bahagian aplikasi (apply) dan ke atas (rujuk rajah). Kita mesti terus berusaha untuk mewujudkan budaya menggunakan (aplikasi), menganalisis, membuat keputusan dan seterusnya mampu mencipta sesuatu yang memberi manfaat.
Menghafal merupakah salah satu elemen yang paling rendah apabila kita merujuk kepada Bloom’s Taxanomy. Seterusnya, tahap kefahaman menjadi satu cara untuk kita melihat bagaimana seseorang itu dalam menerangkan idea atau konsep yang dibawanya. Bagi seorang usahawan dan ketua syarikat, ini mesti ada sebagai satu kebolehan yang kritikal. Kebolehan menrangkan ini seterusnya memerlukan kita berupaya untuk mengaplikasikannya dalam konteks yang khusus.
Situasi yang biasa kita lihat di mana usahawan yang hadir dan belajar dalam pelbagai kelas dans eminar yang masih belum dapat mengaplikasikan perkara yang mereka pelajari itu, menunjukkan keperluan latihan membina cara fikir yang lebih tinggi. Ya, kemahiran berfikir ini boleh dilatih apabila ada struktur yang betul dengan mengemukakan soalan-soalan yang tepat.
Thinking is hard work. Maka,kepupayaan ini mesti dibina dan diasah dari masa ke semasa. Seterusnya, apabila kebolehan memikir bagaimana sesuatu idea atau konsep itu diterangkan dapat digunakan dengan baik, maka hasil daripada aplikasi itu akan membolehkan seorang usahawan menganalisa. Analisa keadaan daripada tindakan dan aplikasi yang diambil itu merupakan satu lagi tahap penting.
Ia melibatkan soalan seperti apa, kenapa, bagaimana dan di mana. Ini adalah salah satu pendekatan biasa. Namun, kebolehan menganalisa akan wujud denganadanya beberapa soalan lain yang lebih mencabar. Ini termasuklah, apakah perkara lain yang perlu dilakukan? Bagaimana kita capai tujuan itu? Banyak lagi soalan penting yang boleh mendorong kita berfikir sebagai usahawan. Inilah yang dilakukan oleh ramai business coach apabila mereka membimbing usahawan.
Apabila sampai satu tahap tertentu, usahawan perly bersedia untuk menilai semula apa yang sudah dilakukan. Ada keperluan untuk membuat ketetapan termasuk polisi dan kedudukan tertentu yang menjadi peraturan tetap dalam pengurusan perniagaan mereka. Tahap paling tinggi yang diterangkan dalam Bloom’s Taxanomy ialah keboleh kita terutama usahawan untuk mencipta sesuai yang baru. Ini sudah tentu hasil daripada perkara yang sudah banyak diberikan penilaian.
APLIKASI BERFIKIR
Isu, situasi can cabaran akan sentiasa wujud. Contohnya, kita lihat ‘jualan rendah’. Maka kita akan mula mengumpul maklumat dengan bertanya, membaca dan seumpamanya. Dari situ, kita akan mula buat analisis. Ada banyak alat analisis (tools) yang boleh digunakan. Ini mesti dipilih mengikut kesesuaian. Kemudian, diteruskan dengan buat keputusan dan menyediakan (cipta) pelan tindakan.
Lalu, keadaan ‘jualan rendah’ itu akan menjadi punca kepada wujudnya pelan tindakan dan penciptaan perkara baru dan penambahbaikan dalam syarikat (bisnes).Kita perlu mewujudkan lebih ramai usahawan dan ahli (team – pekerja – individu dalam syarikat) yang yang mesti dapat mencipta solusi, memberi cadangan (recommendations and suggestions) serta boleh menyediakan (mencipta) pelan tindakan (actionable plan).
Seterusnya, kita mengekalkan budaya memantau (monitoring and analising) supaya kita dapat terus berkembang dan memperbaiki keadaan (kaizen). Kita perlukan lebih ramai orang yang TIDAK HANYA boleh menyenaraikan (listing down), mengenalpasti (identifying) kekuatan dan kelemahan serta mengumpulkan maklumat (finding information) dan bukti sahaja.
KESIMPULAN
Sekiranya kita merupakan usahawan dalam bisnes dan industri tertentu, sudah pasti kita dapat lihat dengan jelas (dan bersetuju) bahawa industri kita itu, akan lebih berjaya apabila dipacu oleh usahawan itu sendiri (driven by entreprenuers).
Mahu tidak mahu, peningkatan dalam setiap industri ada kaitannya dengan meningkatnya kemahiran (yang pelbagai termasuk kemahiran berfikir) di kalangan pemilik perusahaan (usahawan) dan pihak pengurusannnya (professional managers).
Ini semua ada kaitan daripada gaya kepimpinan (leadership) yang mereka tunjukkan. Seterusnya, apakah peranan yang boleh kita mainkan dalam skop dan kapasiti yang kita ada?
– Noraminah Omar, 12 Mac 2021, Kajang Selangor.
Rujukan asal:
Armstrong, P. (2010). Bloom’s Taxonomy. Vanderbilt University Center for Teaching. Retrieved [todaysdate] from https://cft.vanderbilt.edu/guides-sub-pages/blooms-taxonomy/.