BERBELANJA DAN BUAT DUIT
Seperti bernafas, oksigen mesti disedut and dihembus untuk manusia terus hidup.
Menguruskan bisnes tidak dapat lari daripada hakikat menguruskan perbelanjaan. Perbelanjaan pula mestilah melibatkan kos dan pendapatan. Bermakna setiap aktiviti untuk mendapatkan duit ada kosnya.
‘Duit masuk apabila duit keluar.’ Ini adalah antara perkara yang biasa disebutkan oleh orang bisnes. Malah, apabila kita melihat tingkahlaku bank kepada pelanggan, mereka banyak membuat penilaian berdasrkan berapa banyak transaksi keluar masuk dalam penyata sebuah syarikat.
Rekod yang aktif dan banyak menunjukkan taraf kesihatan bisnes itu. Ini juga merupakan faktor yang menjadikan sebahagian besar syarikat kecil mudah berkembang dengan fasiliti bank yang ditawarkan kepada mereka.
Bagaimanakah kita memastikan wang yang keluar dapat membawa masuk wang yang lebih besar seperti yang kita mahukan?
Pertama, pastikan model bisnes yang kita jalankan itu betul. Ada banyak alat-alat bisnes yang kita boleh gunakan untuk melihat model bisnes yang ada atau yang mahu kita bangunkan. Antara yangs erring kita denganr ialah bisnes model kanvas (BMC).
Kedua, teliti fokus bisnes kita dan cara menjana wang berdasarkan BMC (bisnes model kanvas) yang kita sudah sediakan. Apabila fokus bisnes diberikan kepada segmen pelanggan, ramai orang bisnes dalam mencari jalan untuk menambahkan aktiviti bisnes dan pendapatan bisnes.
Ketiga, sediakan unjuran kewangan berdasarkan perincian perbelanjaan dan pendapatan yang kita ada pada BMC. Apabila menyediakan unjuran kewangan, kita dapat menilai dengan lebih terperinci akan kebolehan bisnes itu bertahan. Tiada siapa yang mahu bisnesnya ditutup pada tahun pertama ia beroperasi.
Keempat, sediakan bajet perbelanjaan untuk setahun. Bajet perbelanjaan disediakan setiap tahun. Bajet merupakan satu dokumen yang kita boleh rujuk untuk menguruskan perjalanan bisnes. Ini membantu kita mengawal aliran wang keluar masuk dengan baik.
Kelima, sentiasa lakukan rujukan berbentuk semasa berdasarkan bajet dan perbelanjaan sebenar. Ramai orang bisnes yang menyediakan bajet, tetapi tidak menjadikannya sebagai rujukan dan garis panduan. Biasanya, sebuah syarikat akan membuat rujukan bajet dengan pendapatan dan perbelanjaan sebenar sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali setahun.
Keenam, buat keputusan bisnes berdasarkan analisa daripada nombor-nombor yang dikumpulkan dan lakukan tindakan susulan. Apabila aktiviti penelitian bajet dan perbelanjaan sebenar dilakukan, pihak syarikat dapat menilai situasi bisnes terkini. Analisa nombor-nombor dapatan daripada dokumen yang dikeluarkan oleh bahagian kewangan juga membolehkan banyak keputusan bisnes dibuat dengan cepat dengan risiko yang rendah.
Adakalanya, kita dapati bahawa syarikat tidak berbelanja pada tempat yang betul. Ada juga situasi dimana perbelanjaan yang dibuat terlelau besar untuk perkara yang mendatangkan hasil yang sedikit.
Keputusan dan rancangan seperti inilah yang diperlukan untuk memastikan perjalanan bisnes itu sihat. Pengeluaran wang untuk dibelanjakan dengan terkawal membolehkan wang masuk dengan lebih banyak.
Untuk sebuah syarikat bisnes terus hidup, kita mesti berbelanja untuk menjana pendapatan.