MENGURUS PARTNERSHIP

Apa yang mesti ada dalam perjanjian kerjasama?

Sehingga hari ini, masih banyak persoalan yang berkaitan tentang pengurusan partnership. Sama ada ia bermula secara rasmi dengan kefahaman atau secara tidak sengaja tanpa sebarang info asas.

Artikel ini diterbitkan untuk tujuan melihat semua perkara asas, terutama kepada ‘newbie’ atau mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam satu bentuk kerjasama.

Sama ada ia bermula dengan pengetahuan atau tidak, setiap penama dalam setiap kerjasama dan perjanjian ‘partnership’ mesti mengamgil tahu dan betindak mengikut keperluan pematuhan.

Berikut adalah antara perkara penting yang mesti ada dalam mana-mana bentuk perjanjian kerjasama. Sekiranya pembawa idea asal kepada kerjasama tidak mempunyai pengetahuan dan tidak pula mengambil khidmat peguam, maka penting untuk kita menyemak sendiri.

Tidak boleh kita menjatuhkan kesalahan ke atas pihak lain sedangkan kita sendiri yang membenarkan keadaan ini berlaku kepada diri kita sendiri.

Mari kita lihat beberapa perkara penting dalam perjanjian kerjasama atau ‘partnership’ yang biasa.

1. Tujuan

Setiap kerjasama mesti ada tujuan yang jelas. Sama ada jenis dan bentuk perniagaan atau aktiviti tertentu yang dipersetujui, ia mesti jelas. Tujuan perjanjian mesti jelas dinyatakan dalam perjanjian.

2. Tugas dan tanggungjawab setiap pihak terlibat

Seterusnya, setiap pihak yang terlibat dalam perjanjian mesti tahu apa yang perlu mereka lakukan. Mungkin ada yang hanya perlu bawa masuk modal sahaja, ada yang bekerja dan membawa masuk modal.

Semua ‘expectation’ kepada tugas dan tanggungjawab setiap pihak mesti jelas. Jika ada 3 pihak, mesti dinyatakan untuk semua 3 pihak dan seterusnya.

3. Imbuhan – apa yang setiap pihak berhak

Tujuan ber’partner’ sudah tentu ada imbuhan dan habuan yang mahu diperolehi daripada kerjasama itu. Ini mesti dinyatakan dalam perjanjian.

Sekiranya ia berbentuk elaun, perkongsian keuntungan atau apa sahaja yang dipersetujui, ia mestilah dinyatakan dengan jelas. Satu-persatu dan difahami oleh semua pihak yang terlibat dalam perjanjian.

Mudahnya, habuan dan imbuhan dalam bentuk kewangan itu mesti dinyatakan dengan jelas. Termasuklah hak setiap pihak kepada bisnes itu.

4. Cara perkongsian atau pembahagian

Apabila bentuk imbuhan dan habuan dipersetujui, maka cara bagaimana ia dilakukan juga mesti dinyatakan dalam perjanjian. Contohnya, jika ia dalam bentuk elaun, bagaimana ia dibayar dan bilangan kekerapan serta tempoh bayaran.

Jika persetujuan dalam bentuk perkongsian keuntungan atau pembahagian dalam bentuk nilai aset tertentu, ia juga mestilah dinyatakan dengan jelas.

5. Pengurusan konflik

Setiap kerjasama dan hubungan, konflik akan berlaku meskipun kita cuba mengelakkannya. Maka, terus masukkan dalam perjanjian cara yang dipersetujui untuk mengurus konflik atau ‘dispute’ yang mungkin berlaku.

Contohnya, ini mungkin dilakukan melalui emel, panggilan mesyuarat khas atau seumpamanya.

Persetujuan untuk memastikan cara setiap konflik diselesaikan juga mesti ditulis dalam perjanjian.

6. Klausa exit

Setiap pintu masuk, mesti ad ajalan keluar. Ini asasnya. Maka, dalam setiap perjanjian, mesti ada klausa bagaimana setiap partner atau rakan kerjasama boleh keluar daripada kerjasama (partnership) itu.

Ini adalah satu perkara normal dan semua pihak mesti bijak untuk bernegosiasi dan bersedia dengan semua kemungkinan ini.

7. Perwarisan

Mati adalah pasti. Maka, mesti ada klausa yang menyatakan tentang apa yang mesti dilakukan sekiranya salah seorang rakan kerjasama mati semasa perjanjian masih sah.

8. Tanda persetujuan semua pihak

Tandatangan semua pihak yang terlibat mestilah jelas ditunjukkan dalam perjanjian beserta info seperti tarikh tandangan diletakkan dan maklumat rasmi lain mengikut keperluan.

9. Lain-lain variasi

Setiap perjanjian mempunyai variasia yang berbeza bergentung kepada apa yang mahu dicapai diantara semua rakan kerjasama. Maka, tidak ada satu perjanjian yang ‘standard’ melainkan kandungan dan klausa wajib yang mesti ada dalam satu perjanjian.

Cara setiap klausa ditulis juga tidak sama bergantung kepada apa yang perlu dilindungi dan yang boleh lepeaskan oleh setiap rakan kerjasama.

Ini semua sebaiknya dilakukan dan disediakan bersama peguam komersial yang bertauliah dengan pengalaman yang memadai. Pengurusan partnership, merupakan satu komitmen.

Maka setiap pihak yang berkepentingan mesti bertanggungjawan ke atas persetujuan yang masing-masing tandatangani.

– Noraminah Omar
November 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *