Mengapa perlu kita ada ‘side hustle‘?
Terma side hustle semakin popular semenjak situasi COVID 19 melanda. Sebenatnya, sebelum ini, ramai usahawan yang menggunakan terma ‘moonlighting’ apabila mereka meninggalkan bisnes kepada orang lain untuk diuruskan sementara mereka bekerja. Hasil daripada pendapatan kerja dimasukkan semula sebagai modal bagi menampung perbelanjaan syarikat.
Sekarang, tidak kira sama ada bekerja atau berniaga, ramai yang menggunakan terma ‘side hustle’ sebagai merujuk kepada aktiviti menjana pendapatan sampingan. Ada yang berbentuk lebih mudah dan ada yang modelnya lebih kompleks.
Keadaan ekonomi semasa yang memang kita semua tahu tentang kesukarannya, memerlukan kita menjana pendapatan tambahan. Meskipun ianya sedikit, bagi isirumah yang berkeperluan, ini memberi makna besar. Tambahan RM500 sebulan juga sudah besar bagi keluarga bertaraf B40 di bandar.
Antara side hustle dalam kategori yang mudah dimulakan ialah menjaid ejen jualan. Meskipun begitu, tugas dan aktiviti menjual berbeza dari satu produk dan servis yang lain. Jadi, adakalanya jenis side hustle yang mudah itu, sebenarnya tidak mudah untuk semua orang.
Ada juga yang memulakan side hustle dengan keparan tertentu dan bekerjasama dengan yang lain. Contohnya, kakak saya pandai memasak kek. Jadi, saya yang pandai menjual akan menjual kek beliau. Kakak saya hanya fokus buat kek sahaja. Jadi, side hustle saya ialah menjual khusus kek kakak saya itu.
Ada pula yang memulakan side hustle mereka dengan kemahiran yang ada. Contohnya, Pakcik saya pandai design website, Tetapi dia sekarang bekerja di sebuah syarikat IT sebagai technician. Jadi, beliau menawarkan servis beliau kepada kenalan dan melalui rakan-rakan. Ini dilakukan selepas masa bekerja dan cuti.
MENJAGA ETIKA KERJA
Kepelbagaian jenis side hustle ini merupakan pilihan yang dirancang oleh setiap orang. Jadi, bergantung kepada situasi, latar belakang dan juga kapasiti masing-masing, side hustle merupakan satu aktiviti yang perlu dijaga etikanya.
Ambil contoh seorang yang bekerja sepenuh masa dan ada side hustle sendiri, iaitu menjual baju dan telekung secara dropship. Antara etika yang penting ialah:
- Tidak menggunakan masa dan fasiliti tempat kerja untuk akrtiviti side hustle
- Sentiasa fokus dan beri input terbaik untuk kerja terutama dalam skop dan masa kerja
- Tidak menggunakan data tempat kerja untuk tujuan side hustle
Meskipun terdapat banyak ‘grey area’ dalam hal staf sepenuh masa yang ada side hustle, perlu diingat bahawa ini bukan untuk semua orang. Sekiranya kapasiti kita terhad untuk memulakan side hustle, mulakan dengan cara paling kecil atau jangan mulakan langsung. Selepas bermula dalam tempoh 45 – 60 hari, kita sudah boleh buat sedikit analisa ringkas menetukan aktiviti yangs esuai dan boleh kita lakukan. Ia bukan tentang apa yang kiat suka dan mahu, tetapi apa yang kita mahu capai.
SIDE HUSTLE MESTI MENJANA PENDAPATAN
Side hustle mestilah memeberikan pendapatan yang semakin lama semakin banyak dan substantial. Jadi, apabila sudah bersedia bolehlah kita menghantar surat letak jawatan dan menjadikan side hustle sebagai bisnes utama sepenuh masa.
Antara yang penting ialah untuk merekod semua gerak kerja dan pergerakan income hasil daripada aktiviti side hustle itu.
- Sediakan rekod jualan setiap minggu dan bulan
- Pantau pergerakan angka ‘my income’ daripada side hustle itu
- Kira semua kos yang terlibat dalam menjalankan side hustle itu
- Pastikan jumlah baki adalah sewajarnya, selaras dengan kos tenaga dan masa menjalankan aktiviti itu
Memahami keperluan side hustle kepada ramai orang, maka KELAS RAMADAN kali ini yang akan dijalankan setiap Jumaat selama 4 kali dalam bulan Ramadan dibuka pendaftarannya.
TAWARAN KELAS RAMADAN – BINA SIDE HUSTLE DALAM 4 MINGGU
“Bina Side Hustle Langkah Demi Langkah dalam 4 Minggu”
Sepanjang Ramadan, setiap Jumaat bermula 16 April 2021 – 7 May 2021 (9.45 malam – 11.15 malam)
Untuk jana duit tambahan, ada pendapatan sampingan atau persediaan untuk berhenti kerja.
1. Sesi bermula pada 16 April 2021
2. Sesi dijalankan melalui zoom – 1.5 jam – konten dan perbincangan
3. Penyertaan dengan pendaftaran. RM 200/pax
4. Sesi LIVE di ZOOM
JADUAL KELAS dan KANDUNGAN KELAS
JUMAAT 1 : 16.4.2021 : JANA IDEA BISNES
JUMAAT 2: 23.4.2021 : PILIH IDEA BISNES
JUMAAT 3: 30.4.2021 : SEDIA UNTUK KICK-OFF
JUMAAT 4: 7.5.2021 : LANCARKAN KEPADA KUMPULAN KHUSUS
BONUS !!
Sesi selepas Raya
JUMAAT 5 : 28.5.2021 : TRACKING & REVIEW