Our Happy Clients
Lorem ipsum sit dolor amet
Antara perkara penting yang saya dapat ialah tentang pengurusan kewangan syarikat. Mesti tahu dan rekod mengikut kategori setiap pendapatan dan perbelanjaan agar perancangan dapat dibuat. Sebagai bisnes yang masih belum ada akauntan/book keeper, pengusaha bisnes mesti ambil tahu.
Selepas hadir sesi bersama Puan Noraminah, saya mengambil kursus waveapps (accounting software) sebagai salah satu cara memahami lebih lanjut untuk menguruskan kewangan syarikat dengan lebih teratur.
Hasilnya, fikiran lebih tenang apabila dapat lihat angka-angka dan keputusan selanjutnya bagi mengembangkan syarikat dapat dibuat. Walaupun terdapat fasa buat-tangguh-buat semula. Akhirnya dalam jangka masa panjang, ianya amat berguna. Alhamdulillah.
Nurul Fauzana Kapi
Pengarah, Kembara Bijak PLT (Tadika Kembara Bijak, Jitra Kedah)
Perkara yang membantu saya dalam penerangan tentang HR. Jelas dan lengkap arah tuju yang boleh diikuti dalam bisness saya. Pecahan yang lengkap untuk diikuti dengan persedian modul dan penerangan.
Dalam sesi yang berjalan, salah satunya yang saya suka dengan bab perancangan kewangan. Memang satu persatu diberi penerangan siap dengan contoh semuanya. Jadi lebih jelas dengan apa yang saya nak dalam sesi coaching ni. Paling penting semua tu saya laksanakan mengikut yang diberikan. Lebih mudah difahami dan kerja saya pun lebih senang.
Dari awal rasa janggal juga, tapi bila semakin tahu cabang nak dituju jadi lebih mudah nak laksanakan. Paling penting ilmu ni sangat bermanfaat untuk digunakan di Tadika.
Nur Fatin Marini
Pengurus Tadika Matin Pintar.
Alhamdulillah. Selepas sesi 30 minit, satu perkara yang sangat membantu adalah kelayakan di peringkat pengarah syarikat serta pembahagian peratus % yang berbeza mengikut jumlah modal yang dibawa masuk ke dalam syarikat. Serta perlu ada perjanjian diantara pengarah.
Hasil perbincangan bersama Puan Noraminah, saya dapat merancang untuk membawa perkara penting dalam perbincangan dalam mesyuarat di peringkat Ahli Lembaga Pengarah bagi memperbaiki pengurusan syarikat.
Aminuddin Md Kassim
CEO KMJ Global Sdn Bhd. (Disember 2020)
Dalam program latihan Academy for Women Entrepreneuers, Puan Min menyusun konten yang ‘customised’ untuk peserta. Mereka (peserta) dapat menerima pendekatan dengan baik berdasarkan tahap masing-masing.
Radziah binti Mohd Radzi
Impact Builder MADCash
After meeting Puan Min, I got a wider perspective on the business aspect of running an educational business.
My next plan for growth definitely need me to firm up current company’s profile, education content and especially on the finance part.
Norita Surern
Co-founder Playworks Reading House
Antara perkara yang saya dapat dari bengkel “Understanding Financial Needs for Your Business” ini ialah tentang jenis modal dalam bisnes, pemahaman yang jelas berkenaan ‘cashflow statement dan kepentingan menyusun Chart of Accounts. Juga overall information/picture tentang business account yang business owner perlu tahu, saya lebih jelas untuk buat next action.
Elfi Eri
CEO Formtri Ides Design
Selepas menghadiri bengkel “Understanding Your Financial Report”, saya menyediakan pelan untuk menyemak other income utk account statement sebelum ini dan terkini. Ini kerana jumlah other income akan ada kesan kiraan cukai nanti. Salah satu kaedah untuk menilai prestasi sales adalah melalui ratio perbelanjaan ke atas sales. Chart of account yang baik dapat membantu kita membuat analisa terperinci contoh mengikut outlet dan sebagainya.
Hazwan Jaludin
AzzainMart
Daripada perbincangan dalam bengkel, saya dapat merancang untuk menyediakan bajet khas untuk kes denda saman yang tak terduga. Saya juga faham bagaimana jumlah cukai yang di bayar menunjukkan berapa banyak net profit bisnes kita. Penting untuk saya memastikan cash flow statement dipantau bagi menentukan tahap kesihatan bisnes kita.
Ros Alik
'Afiat Store, Kulai
Ilmu yang dicurahkan begitu berharga. Sebagai manusia jangan berhenti menuntut ilmu. Ilmu itu sangat luas. Terima kasih Puan Noraminah atas tunjuk ajar dan pengisian yang diberikan. In shaa Allah bermanfaat untuk saya, team dan masyarakat.
Hasniza Ahdullah
Brilliant Islamic Centre